Likes:
Abjad: A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
 
Peribahasa Indonesia Abjad P
Kumpulan peribahasa bahasa Indonesia yang indah untuk hidup yang lebih baik. Baca dan dapatkan inspirasinya di bawah ini:
Pacat ingin menjadi ular.
Orang yang miskin atau hina berlagak menjadi orang kaya.
Pahit di luar manis di dalam.
Perkataan yang kasar dan keras tetapi maksudnya baik dan menguntungkan.
Patah tumbuh hilang berganti
Pemimpin yang berundur sudah ada penggantinya.
Pelanduk dua serupa.
Dua orang yang seakan-akan rupanya.
Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.
Pinang pulang ketampuk.
Sudah secocok atau bersesuaian.
Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling.
Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.
Pipit meminang anak enggang.
Orang yang miskin ingin beristerikan orang kaya.
Pipit pekak makan berhujan.
Orang yang sangat rajin dan tekun melakukan sesuatu perkerjaan.
Pipit sama pipit enggang sama enggang.
Pengelasan orang mengikut pangkat dan derajat.
1


 

Copyright 2013 Peribahasa - All Rights Reserved