Likes:
Abjad: A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
 
Peribahasa Indonesia Abjad E
Kumpulan peribahasa bahasa Indonesia yang indah untuk hidup yang lebih baik. Baca dan dapatkan inspirasinya di bawah ini:
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.
Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga.
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga.
Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.
Elok arak di hari panas.
Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.)
Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.
Elok buruk dan busuk hanyir.
Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.
Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
Elok lenggang di tempat datar.
Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.
Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.)
Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik.
Emas berpeti, kerbau berkandang.
Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
Embacang buruk kulit.
Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.
Embun di hujung rumput.
Tiada kekal.
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.)
Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah.
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.)
Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.
Empat sudah bersimpul satu.
Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
Enau mencari (= memanjat) sigai.
Perempuan mencari lelaki.
Enau sebatang dua sigainya.
Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.
Enggan seribu daya, mau sepatah kata.
Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.
Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. (atal = buah kayu makanan Enggang.)
Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
Enggang lalu ranting patah.
Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.
Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.
Entak sedegam, langkah sepijak.
Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.)
Entimun bongkok.
Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.
Esa hilang, dua terbilang.
Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.
1


 

Copyright 2014 Peribahasa - All Rights Reserved