Likes:
Abjad: A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
 
Peribahasa Indonesia Abjad C
Kumpulan peribahasa bahasa Indonesia yang indah untuk hidup yang lebih baik. Baca dan dapatkan inspirasinya di bawah ini:
Cacing hendak menjadi naga.
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
Cacing menelan naga.
Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah.
Cacing menjadi ular naga.
Orang hina menjadi orang mulia.
Cakak sudah, silat teringat. (cakak = kelahi).
Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan.
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.
Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya.
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada.
Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.
Cakapan sejengkel dibawa sehasta.
Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya.
Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang.
Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik;
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.
Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.
Campak baju nampak kurap.
Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Campak bunga dibalas dengan campak tahi.
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).
Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.
Cari umbut kena buku.
Mencari yang baik, mendapat yang buruk.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Cekarau besar liang. (cekarau= sejenis tumbuhan di air yang besar lubang batangnya).
Besar bualannya dan suka membuka Rahasia orang.
Cekel berhabis, lapuk berteduh. (cekel = kikir, pelit).
Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja.
Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.
Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan.
Nasib yang malang.
Celaka tiga belas.
Malang sekali.
Cembul dengan tutupnya.
Sesuai benar.
Cempedak berbuah nangka
Memperoleh lebih dari yang diharapkan
Cemperling nak jadi bayu. (bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan).
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.
Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Cencang dua segeragai. (geragai = pengait untuk menangkap buaya).
Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
Cencang putus, biang tembuk.
Putusan yang mengikat.
Cencang terdadik jadi ukir. (terdadek = tersesat).
Kesalahan yang tiada disengajakan, tetapi mendatangkan kebaikan.
Cencaru makan petang.
Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.
Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu).
Geliang-geliut karena kesakitan.
Cepat kaki ringan tangan.
Rajin dan giat.
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.
Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.
Cerdik bagai ekor kerbau.
Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga. (sikkih = sejenis enggang, kecil sedikit).
Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi.
Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan.
Menuruti orang yang belum panjang pikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.
Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.
Cik puan melangkah ular tak lepas.
Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.
Cincin emas takkan tampan bermata kaca.
Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.
Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?
Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.
coba-coba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri.
Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.
Condong ditumpil, lemah dianduh. (ditumpil = ditunjang).
Memberi pertolongan (keuangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan.
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya. (puar = tumbuhan hutan).
Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain.
Condong yang akan menimpa.
Perbuatan yang sangat membahayakan.
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.
Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.
Corak kain mengikut kehendak penenunnya.
Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.
Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.
Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain.
Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain.
Cupak berkeesaan.
Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang).
Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan.
Cupak tegak yang diisi.
Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.
1


 

Copyright 2013 Peribahasa - All Rights Reserved