Likes:
Abjad: A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z
 
Kumpulan Peribahasa Persahabatan
Kumpulan peribahasa persahabatan yang indah untuk hidup yang lebih baik. Baca dan dapatkan inspirasinya di bawah ini:
Air besar, batu bersibak. (sibak = cerai, menepi).
Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar.
Air dicencang tiada putus. .
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. .
Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.
Bagai empedu lekat di hati.
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.
Persahabatan yang sangat karib.
Berpatah arang berkerat rotan.
Memutukan tali persahabatan (persaudaraan).
Bersaksi ke lutut.
Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.
Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari.
Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.
Persahabatan yang sangat karib.
Sekain sebaju, selauk senasi.
Gambaran persahabatan atau ikatan percintaan yang seia sekata sehidup sepenanggungan.
Selapit ketiduran sebantal sekalang gulu.
Persahabatan yang sangat akrab.
Seperti inai dengan kuku.
Persahabatan yang sangat erat dan tidak akan dapat dipisahkan.
Seperti sendok dengan periuk sentuh-menyentuh.
Adakalanya terjadi perselisihan dengan sahabat.
Terlentang sama makan abu, tengkurap sama makan tanah.
Kesetiaan dalam persahabatan atau percintaan sehingga ikhlas dalam menjalani hidup, baik suka maupun duka.
1


 

Copyright 2013 Peribahasa - All Rights Reserved